Perhimpunan solidariti tolak kebencian sabtu ini

Perhimpunan solidariti tolak kebencian sabtu ini

Play all audios:


KUALA LUMPUR: Perhimpunan soladariti demi kedamaian dan menolak kebencian susulan serangan dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata program bermula jam 7.30 pagi itu dihadiri masyarakat berbilang kaum dan agama. “Susulan kejadian serangan di New


Zealand itu, sudah tiba masanya kita mempromosikan dan memastikan kedamaian sebagai jalan yang terbaik dan bukannya kebencian dibalas dengan kebencian,” katanya. Beliau berkata demikian


kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kedamaian Antara Kaum dan Agama di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, hari ini. Mesyuarat dua jam itu turut disertai


Jawatankuasa Mempromosi Keharmonian Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan. Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr


Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk R S Mohan Shan. Mujahid berkata, program adalah adalah peluang terbaik masyarakat berbilang kaum dan agama


berjumpa serta bersama menentang keganasan dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian. “Ini perhimpunan masyarakat yang mahukan kedamaian dan menolak membalas dendam dan menghasut


masyarakatnya membenci kaum lain. “Program itu diisi dengan program seperti ceramah mempromosi budaya murni ‘jangan balas kebencian dengan kebencian’,” katanya. Mengenai sasaran penyertaan,


Mujahid berkata, setakat ini tiada sasaran ditetapkan, namun penganjur akan berusaha memastikan kehadiran yang ramai. Berhubung mesyuarat berkenaan, beliau berkata ia adalah sebahagian


hasrat untuk mengumpulkan ketua-ketua Persatuan Agama dan pertubuhan bukan kerajaan untuk merancakkan hubungan kedamaian dan agama di negara ini. “Hasrat kita adalah untuk menyempurnakan


aktiviti yang menjurus kepada kedamaian yang sudah dirancang pada tahun ini,” katanya.