Just a moment...
- Select a language for the TTS:
- UK English Female
- UK English Male
- US English Female
- US English Male
- Australian Female
- Australian Male
- Language selected: (auto detect) - EN
Play all audios:

KOTA KINABALU: Sabah terus menjadi tumpuan pelancong China selepas syarikat penerbangan Xiamen Airlines membuka penerbangan tanpa henti dari Beijing ke Kota Kinabalu, bermula hari ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata perkembangan itu memberi satu lagi peluang baik kepada negeri ini untuk menerima lebih ramai pelancong
China, khususnya dari kawasan utara negara berkenaan. "Setakat ini kita hanya menerima pelancong dari selatan China dan pasti permulaan penerbangan daripada Beijing ini membuka lembaran
baru kepada industri pelancongan di Sabah," katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas ketibaan penerbangan pertama Xiamen Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu (KKIA), di sini, hari ini. Yang turut hadir ialah Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya; Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Timbalan Pengurus Besar
Xiamen Airlines, Ou Dong Ying dan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah, Suzaini Sabdin Ghani. Masidi berkata, seramai kira-kira 430,00 pelancong China berkunjung ke Sabah sepanjang tahun
lalu, iaitu meningkat 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. "Dengan permulaan penerbangan baharu (Bejing-Kota Kinabalu) ini, pasti angka itu akan meningkat dan kita juga perlu
memberi penghargaan kepada semua yang terbabit menjadikan perkara ini kenyataan," katanya. Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap
kekurangan hotel di negeri. "Dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, kita membincangkan untuk mempercepatkan pembinaan hotel bagi menampung jumlah kehadiran pelancong yang ramai
di negeri ini. "Bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan secara teliti kerana kita sedia maklum Sabah negeri yang indah dan pastinya kita juga mahu memberi perkhidmatan berkualiti kepada
pelancong," katanya. Terdahulu, Caide dalam ucapannya berharap, lebih banyak hotel dibina di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu bagi menampung keperluan pelancong China.